Sunday, November 14, 2010

: Ahad yg cepat berlalu :


sekejap jer dah nk berlalu hari Ahad..huhuhu..uniform xgosok lg..ngape cepat ngan masa ni..xpuas lg nak tdo..huhuhu..rasanya ku memerlukan cuti kot..utk pulihkan diri dr penyakit..hahahahha penyakit MALAS ada ubat tau..apa UBAT nyer? tungguuuu..

Ops..pasar tani semalam lupe lak nk beli daun pisang..ingat nak buat tapai makan raya..daun palas dah beli, dah siap bukak..ntah lah menjadi ker tak ketupat palas aku tu..hehehhe berangan jer lebih..hihi..akan ku sempurnakan RAYA ini..walaupun beraya sorg diri di KL..huhuhuhu

Saturday, November 13, 2010

: Projek Menambahkan koleksi lemak di badan :

~ sungguh boring sgt hari ini..huhuhu
tv xde satu pun siaran yg leh pikat mataku..nak tdo, kepada dah pening..asyik tdo..
So, ku try search internet..resepi roti..
Tup2..apa kata buat roti? hehehehehe ok gak..so, bermulalah kisah aku dan roti..




Ini lah hasilnya.....
bestt
al-hamdulillah, jd ler buat..my 1st trial~

Friday, November 12, 2010

: tempahan :

tempahan2..al-hamdulillah~










 - Kek Coklat -









Add caption   





-Dadih-












            -Laksa penang -

: 6pm to 7pm :

tgh layan my peberet drama @ 708..sesambil menikmati this sweet apple..bestttt

Thursday, November 11, 2010

: Menu Berbuka Puasa hari ini :

dlm masa xsampai 30 minit dah siap bihun sup ala kungfu ni..best..my peberet nihhh...just simple preparation..sesiapa pun boleh masak~

: Flaming Steamboat :

 best..tu jer yg  leh cakap...mmg best & berbaloi..kalau nak makan steamboat ni, leh g Flaming Steamboat near Sunway Pyramid Shopping Complex.

Tuesday, November 9, 2010

: Menu pd jam 12 tghmalam :

~kul 12 tgh malam aku siap buat donut..1st trial..dah lama tringin nk buat donut sendiri..tp xjupe resepi..finally, ada member bg resepi yg ringkas..tp, dia kata donut ni guna acuan baru lawa..mana aku ader acuan donut..ala, wt bulat2 jer lah..namanyer donut bulat ala cik aida..hahahahha..1st trial, ok lah..best lah jgk bg mulut sendiri..hihihi~ 

: Menu berbuka puasa :

 td mula2 cm nk wt laksam utk brbuka..tp penyakit malas datang menyerang..so, aku tfikir apa yg senang nk masak ek? buka peti ais, dok btafakur 5 minit..last2 mai idea masak nasi, goreng telor dadar n celur bendi cicah air asam lah..best gak tu wpun simple..
ni lah hasilnye wt lauk brbuka 10minit nk masuk waktu maghrib..hahahaha cite cina My Family My Love kt 708 tu memang xleh tinggal..wajib tgk..hehehehe..
Walaupun hanya menu tersangat ringkas, namun hasilnya..mabeless..2 pinggan abis..

Monday, November 8, 2010

: xde api :

tetiba jer api xde kt umah..huhuhu aku cm budak kecik..takut bukan main..gile aida nih..umur dh 30an pun takut lg..yer lah..aku sorg jer kt umah..tetiba jer takde api, dah lah tgh tgk cite Ponti Anak Remaja..nak cari lilin ntah mane aku letak pun xtau..terus tgk box fius tu..dlm gelap2..bukak pintu, seb baik di koridor ada api..leh lah nk wt pura2 usik sana sini..hehehehe cam terror jer cik aida nih..tgk2 fius, trtendang..ada yg short kt mana2 lah kot..So, baik aku jatuhkan seme dulu fius2 itam nih..try naikkan satu2..yg mana yg menyebabkan ditendang tu..fius itam ke-3 tu problem..yg lain ok jer..ok, off dulu mana2 yg berkaitan..dah off seme plug & suis..on lampu ruang tamu..ok..tv, ok..lampu ruang makan..ditendang..owh..ini puncanya yer..so, tanda X pada sius lampu ruang makan..naikkan balik fius itam ke-3..on yg mana berkaitan dengan fius tu..lain seme ok kecuali ruang makan..owhhh pengurusan..esok akan ku khabarkan berita gembira ini padamu yer..hehehe sure cif pandang aku..baru dua bulan dok dah ada problem? hahahha..bukan salahku..

:Special Thanks :


Thanks a lot kpd .::cEriTeRa HatiKu::. kerana telah menjadi my 1st follower..

: Nasi Goreng Segera :

 hehehhe..ni lah nasi goreng segera..hanya pecahkan telur, masukkan nasi, sayur campur, perencah PASTI SEDAP dan garam. Tadaaaa..dah siap..bestttt lak tu..hehehehhe

Sunday, November 7, 2010

: Ikea, Damansara :


Ptg td lepas asar g Ikea..Dr umah ke Ikea dlm 15minit jer..tp ni lah baru 1st time aku sempat dtg sini..huhuhu jakun 1st time masuk Ikea..kan best kalau dtg sini ngan hubby..huhuhu bile nk ada hubby nih? Allah yg menentukan jodoh kan..so, sabar lah yer cik Aida..
Pusing punya pusing nk tgk barang pun rasa pening..banyak sgt yg menarik mata..huhuhu seb baik dlm beg ada RM50 jer..hahahaha kalau tak, mau aku borong apa yg trlintas di depan mata nih..
Pusing punye pusing, jupe jua akhirnya yg aku cari selama ni..dah lama cari bekas ni, nk letak black pepper powder, white pepper powder, Cukup Rasa, itu ini bagai..mmg berbaloi dapat ni..RM7.90 / 4pcs..

Saturday, November 6, 2010

: Hanya 30 minit :

~hehehehhe..bangun pagi td lepas ngemas umah, tetiba tringin nak makan Nasi Dagang..ape lg..rendam lah beras jap sementara siapkan lauk..malas nak masak gulai ikan tongkol..rasa nak makan ngan ayam masak merah..so, ape lg..ku ubah lah selera..nasi dagang ngan ayam masak merah..hehehehe bestttt..mabelessss ;-)


Bahan2 Nasi:
* 3 pot beras wangi - direndam barang 1-2 jam
* 1 1/2 cawan santan - dicampur garam & gula
* 2 ulas bawang merah - dimayang halus
* 3 ulas bawang putih - dimayang halus
* 1" Halia - dimayang jalus
* 1 sudu halba - direndam
* 2 cawan Air panas

Cara:
1. Masak air dalam periuk kukusan. Letak asam keping dlm periuk utk periuk kekal putih.
2. Apabila mendidih, masukkan beras yg telah ditoskan. Masak selama 10 hingga 15minit.
3. Keluarkan nasi ke dalam besen besar utk diarong bersama air panas + halba ( biasa org letak santan cair). Tp saya hanya guna air panas sahaja.
4. Kukus untuk 10minit.
5. Keluarkan nasi, masukkan ke dalam besen utk diarong bersama santan, bawang merah, bawang putih & halia.
6. Kukus semula dalam 10 minit. Dah masak..dalam 30minit dah masak nasi dagang.


Ayam Masak Merah Stylo

Bahan2:
* Ayam 8 ketul - digaul bersama garam + kunyit
* 1 batang kulit kayu manis
* 3 biji buah keras
* 3 biji buah pelaga
* 3 biji bunga cengkih
* 3 ulas bawang merah - blend
* 2 ulas bawang putih - blend
* 3 biji lada merah - blend
* 1 biji tomato - blend
* 1/2 " halia - dimayang
* Sedikit air asam jawa
* Sos lada hitam
* Sos Cili
* Sos Tomato
* 1 batang Serai
* Serbuk lada putih

Cara2nya:
1. Goreng ayam separuh masak.
2. Panaskan minyak, tumis 4 beradik. Masukkan halia. Apabila kekuningan masukkan bahan2 yg telah diblended.
3. Masukkan serai dan kacau hingga naik minyak.
4. Masukkan sos cili, sos tomato & sos lada hitam.
5. Masukkan air asam jawa, garam, gula & serbuk lada putih.
6. Masukkan ayam dan masak sehingga daging ayam masak sepenuhnya.

Friday, November 5, 2010

: Tak abis makan makan makan :

~kehidupan aku..ada waktu lapang, sure projek masak2.. ntah ngape..masak jer keje..nak bg naik kan lg berat badan kot..huhuhuhu..ngemas umah tau lak penyakit MALAS datang..adoiii..bile masa nak ngemas umah ni cik aida oiii...td pg makan spageti, pastu sambung makan laksa lak..hari ni ulang makan laksa lah sampai abis..

Spageti Main Campak

Bahan2:
* 1 paket spageti
* 3 ulas bawang merah
* 6 ulas bawang putih
* 3 biji lada merah
* 1 cawan daging ayam yang dipotong kecil (saya xguna daging cincang, sbb xsuka)
* 4 ekor sotong dipotong kecil
* 4 biji crab ball dipotong 8
* 5 keping cendawan tiram disiat2 kecil ( sbb cendawan butang dah abis)
* 3 sudu besar Sos Cili
* 3 susu besar Sos Tomato
* 2 susu besar Sos Tiram
* 2 susu besar Sos Lada Hitam Pawada
* 5 sudu besar Sos Prego
* 1 sudu besar serbuk lada putih
* 2 sudu besar serbuk lada hitam
* Garam & gula secukup rasa
* Air - bergantung nak pekat atau cair cket

Cara2:
1. Masak air untuk merebus spageti. Bila air dah mengelegak, masukkan spageti bersama minyak zaitun. Biarkan sampai spageti masak. Tos dan ketepikan.
2. Blend bawang merah, putih, lada merah.
2. Tumis bahan yg diblended.
3. Bila pecah minyak, masukkan semua sos di atas.
4. Masukkan daging ayam & sotong. Kacau seketika.
5. Masukkan cendawan, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam & gula.
6. Try lah dah ok lom, kalau rasa dah ok, bahan2 dah masak ke blom..kalau seme dah beres..leh idang & makan dah ar..



Laksa Penang
Bahan2:
* Laksa 1 kg ( saya suka guna laksa panjang- hanya rendam air panas sahaja tau..very de simple)
* Ikan sederhana besar 7 ekor ( xsampai 1kg ikan tau)
* Bawang merah 3 ulas
* Cili boh 5 sudu besar
* Lada merah 5 biji
* Segenggam cili padi
* Sedikit belacan
* Lengkuas ( dlm 2")
* Daun kesum ( 30sen dah cukup - ambik daun sahaja tau..)
* Bunga kantan 2 kuntum
* Garam & Gula
* Asam keping
* Air
Garnishing:
* Telor
* Daun selom
* Limau kasturi
* Bawang (dihiiris)
* Cili padi
(tp saya hanya letak telor & limau kasturi sahaja-hanya makan bdua, xmo membazir)

Cara2:
1. Rebus ikan bersama sedikit garam & asam keping.
2. Blend isi ikan bersama air rebusan ikan.
3. Blend bawang merah, lada merah, belacan, cili boh & cili padi.
4. Masakkan bahan2 yg diblended td bersama ngan air rebusan ikan, kalau kuah terlalu pekat, tambah air biasa.
5. Masukkan lengkuas, asam keping, garam & gula.
6. Apabila dah mengelegak, masukkan bunga kantan & daun kesum.
7. Try ler dulu sebelum tutup api..rasa garam & asam dah cukup lom..kuah laksa ni kena masam cket ngan pedas baru lah rasa dia mabelesss.

: Kekenyangan :

~ aku budak baru belajar brblog..arini member yg baru jd mak buyung nak makan nasi kt umah..nak makan nasi ngan ikan singgang & budu..tp hb dia xmakan ikan singgang..so, aku masak telor masin masak lemak cili padi + sotong goreng kunyit ngan buncis + ikan goreng..


Thursday, November 4, 2010

: Projek Dapur Berasap :

ni sebahagian pic masakan yg ku masak yg sempat diambil..utk resepi, nantikan n3 yang akan datang yer~

~Laksa Penang~


~Nasi Daging~

~Siakap Masak 5 rasa~

~Kuew Tiow Kungfu~

~Dadih~

:: JiwA kAcaU ::

~kacau lg jiwaku?
hahahahhahaha...dah boleh gelak makne nyer dah pulih lah tu ;P