Saturday, November 6, 2010

: Hanya 30 minit :

~hehehehhe..bangun pagi td lepas ngemas umah, tetiba tringin nak makan Nasi Dagang..ape lg..rendam lah beras jap sementara siapkan lauk..malas nak masak gulai ikan tongkol..rasa nak makan ngan ayam masak merah..so, ape lg..ku ubah lah selera..nasi dagang ngan ayam masak merah..hehehehe bestttt..mabelessss ;-)


Bahan2 Nasi:
* 3 pot beras wangi - direndam barang 1-2 jam
* 1 1/2 cawan santan - dicampur garam & gula
* 2 ulas bawang merah - dimayang halus
* 3 ulas bawang putih - dimayang halus
* 1" Halia - dimayang jalus
* 1 sudu halba - direndam
* 2 cawan Air panas

Cara:
1. Masak air dalam periuk kukusan. Letak asam keping dlm periuk utk periuk kekal putih.
2. Apabila mendidih, masukkan beras yg telah ditoskan. Masak selama 10 hingga 15minit.
3. Keluarkan nasi ke dalam besen besar utk diarong bersama air panas + halba ( biasa org letak santan cair). Tp saya hanya guna air panas sahaja.
4. Kukus untuk 10minit.
5. Keluarkan nasi, masukkan ke dalam besen utk diarong bersama santan, bawang merah, bawang putih & halia.
6. Kukus semula dalam 10 minit. Dah masak..dalam 30minit dah masak nasi dagang.


Ayam Masak Merah Stylo

Bahan2:
* Ayam 8 ketul - digaul bersama garam + kunyit
* 1 batang kulit kayu manis
* 3 biji buah keras
* 3 biji buah pelaga
* 3 biji bunga cengkih
* 3 ulas bawang merah - blend
* 2 ulas bawang putih - blend
* 3 biji lada merah - blend
* 1 biji tomato - blend
* 1/2 " halia - dimayang
* Sedikit air asam jawa
* Sos lada hitam
* Sos Cili
* Sos Tomato
* 1 batang Serai
* Serbuk lada putih

Cara2nya:
1. Goreng ayam separuh masak.
2. Panaskan minyak, tumis 4 beradik. Masukkan halia. Apabila kekuningan masukkan bahan2 yg telah diblended.
3. Masukkan serai dan kacau hingga naik minyak.
4. Masukkan sos cili, sos tomato & sos lada hitam.
5. Masukkan air asam jawa, garam, gula & serbuk lada putih.
6. Masukkan ayam dan masak sehingga daging ayam masak sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment