Friday, November 5, 2010

: Tak abis makan makan makan :

~kehidupan aku..ada waktu lapang, sure projek masak2.. ntah ngape..masak jer keje..nak bg naik kan lg berat badan kot..huhuhuhu..ngemas umah tau lak penyakit MALAS datang..adoiii..bile masa nak ngemas umah ni cik aida oiii...td pg makan spageti, pastu sambung makan laksa lak..hari ni ulang makan laksa lah sampai abis..

Spageti Main Campak

Bahan2:
* 1 paket spageti
* 3 ulas bawang merah
* 6 ulas bawang putih
* 3 biji lada merah
* 1 cawan daging ayam yang dipotong kecil (saya xguna daging cincang, sbb xsuka)
* 4 ekor sotong dipotong kecil
* 4 biji crab ball dipotong 8
* 5 keping cendawan tiram disiat2 kecil ( sbb cendawan butang dah abis)
* 3 sudu besar Sos Cili
* 3 susu besar Sos Tomato
* 2 susu besar Sos Tiram
* 2 susu besar Sos Lada Hitam Pawada
* 5 sudu besar Sos Prego
* 1 sudu besar serbuk lada putih
* 2 sudu besar serbuk lada hitam
* Garam & gula secukup rasa
* Air - bergantung nak pekat atau cair cket

Cara2:
1. Masak air untuk merebus spageti. Bila air dah mengelegak, masukkan spageti bersama minyak zaitun. Biarkan sampai spageti masak. Tos dan ketepikan.
2. Blend bawang merah, putih, lada merah.
2. Tumis bahan yg diblended.
3. Bila pecah minyak, masukkan semua sos di atas.
4. Masukkan daging ayam & sotong. Kacau seketika.
5. Masukkan cendawan, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam & gula.
6. Try lah dah ok lom, kalau rasa dah ok, bahan2 dah masak ke blom..kalau seme dah beres..leh idang & makan dah ar..



Laksa Penang
Bahan2:
* Laksa 1 kg ( saya suka guna laksa panjang- hanya rendam air panas sahaja tau..very de simple)
* Ikan sederhana besar 7 ekor ( xsampai 1kg ikan tau)
* Bawang merah 3 ulas
* Cili boh 5 sudu besar
* Lada merah 5 biji
* Segenggam cili padi
* Sedikit belacan
* Lengkuas ( dlm 2")
* Daun kesum ( 30sen dah cukup - ambik daun sahaja tau..)
* Bunga kantan 2 kuntum
* Garam & Gula
* Asam keping
* Air
Garnishing:
* Telor
* Daun selom
* Limau kasturi
* Bawang (dihiiris)
* Cili padi
(tp saya hanya letak telor & limau kasturi sahaja-hanya makan bdua, xmo membazir)

Cara2:
1. Rebus ikan bersama sedikit garam & asam keping.
2. Blend isi ikan bersama air rebusan ikan.
3. Blend bawang merah, lada merah, belacan, cili boh & cili padi.
4. Masakkan bahan2 yg diblended td bersama ngan air rebusan ikan, kalau kuah terlalu pekat, tambah air biasa.
5. Masukkan lengkuas, asam keping, garam & gula.
6. Apabila dah mengelegak, masukkan bunga kantan & daun kesum.
7. Try ler dulu sebelum tutup api..rasa garam & asam dah cukup lom..kuah laksa ni kena masam cket ngan pedas baru lah rasa dia mabelesss.

No comments:

Post a Comment